Sunday, 9 January 2011

Penerangan Logo Aasiriyagam/ஆசிரியக இலச்சினையின் விளக்கம்

PERTUBUHAN GURU-GURU BAHASA TAMIL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI JOHOR
FASAL 18 LAMBANG/LOGO PERTUBUHAN


1. Penerangan Slogan / Cogan kata Logo :
“Mozhi  Inathin Vizhi” membawa maksud  “Bahasa Mencerminkan Bangsa”
2. Penerangan Logo:
i)  Gambar Thiruvalluvar: Beliau merupakan salah seorang ikon penyumbang bahasa yang terunggul. Hasil karyanya, “Thirukkural” yang mengandungi 1330 rangkap klasik Tamil mampu membentuk seseorang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek.
ii) Grafik yang berbentuk graduan: Grafik ini mencerminkan guru-guru Bahasa Tamil yang berijazah dan mampu melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara profesional bagi melahirkan graduan-graduan yang berkualiti.
iii) Grafik berbentuk cakera padat berwarna kuning: Grafik ini mencerminkan bahasa yang terus berkembang dengan penerapan informasi terkini, teknologi maklumat dan multimedia.
iv) Bintang merah: Grafik ini melambangkan kejayaan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang guru dalam Profesion Keguruan
3. Penerangan warna :
i)  Merah               : Semangat waja, berani dan berdaya saing
ii)  Biru                 : Sifat kepimpinan dan dan perpaduan.
iii) Kuning             : Kewibawaan dan keunggulan bahasa.
iv)  Putih               :Harmoni dan suci.

No comments:

Post a Comment